All

Image Description

Skandal 1MDB: Mesyuarat dengan penyiasat a'bangsa berjaya - AGC

  • Sep 21, 2018
Pejabat Peguam Negara berkata mesyuarat pihaknya melibatkan kes 1MDB bersama pasukan pendakwaan, pakar mendapatkan semula aset awam dan para penyiasat dari Amerika Syarikat, Singapura dan Switzerland telah berlangsung dengan jayanya"Mereka yang bermesyuarat menyedari betapa perlu dan pentingnya kerjasama serta perkongsian lintas sempadan untuk memerangi jenayah yang dilakukan di peringkat antarabangsa dan merentas sempadan negara."Kami mengucapkan terima kasih kepada delegasi dari pihak asing at
Read More..
Image Description

Bagi penulis WSJ, 'Save Malaysia' bukan sekadar slogan pembangkang

  • Sep 21, 2018
Sekitar tahun 2015, para penyiasat terpaksa menghentikan siasatan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal 1MDB.Akhirnya, penyiasat memutuskan bahawa satu-satunya pilihan yang mereka ada adalah untuk membocorkan dokumen siasatan kepada media.Menurut Bradley Hope dan Tom Wright dalam buku mereka The Billion Dollar Whale, penyiasat Malaysia beralih kepada mereka selepas mereka (wartawan Amerika itu) menerbitkan sebuah artikel di Wall Street Journal yang terperinci bagaiman
Read More..
Image Description

Sri Ram ingatkan mahkamah campur tangan Najib dalam siasatan 1MDB

  • Sep 20, 2018
Pihak pendakwaan yang diketuai Tan Sri Gopal Sri Ram hari ini membantah keras permohonan ikut jamin terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.Ini kerana menurut bekas hakim mahkamah persekutuan itu, Najib sebelum ini mengganggu siasatan dan mengingatkan mahkamah bahawa kes ini merupakan 'kes kleptokrasi paling buruk di dunia'.Sri Ram memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa Najib yang pernah memegang jawatan eksekutif tertinggi dalam kerajaan telah melanggar amanah yang di
Read More..
Image Description

Najib mengaku tak bersalah, mohon dibicarakan

  • Sep 20, 2018
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas beberapa pertuduhan pengubahan wang haram dan pertuduhan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Setakat laporan ini ditulis, siri-siri pertuduhan terhadapnya masih dibacakan.Terdahulu, Razak tiba ke kompleks mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hampir jam 2 petang untuk berdepan pendakwaan terbaru terhadapnya.Beliau kira-kira 1.30 petang meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersia
Read More..
Image Description

Najib akan hadapi 25 pertuduhan di bawah AMLA dan Akta SPRM

  • Sep 20, 2018
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadapi 25 pertuduhan berkaitan kemasukan wang RM2.6 billion ke akaun peribadi beliau, satu kes berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Najib, 65, akan menghadapi empat pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) dan 24 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan 21 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).Timbalan Ketua Polis Nega
Read More..
Image Description

Skandal RM2.6b: Najib bakal didakwa 21 tuduhan wang haram

  • Sep 20, 2018
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dibawa ke ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) sekitar jam 9.20 pagi tadi bagi membantu siasatan terhadap dakwaan RM2.6 bilion masuk ke akaun bank peribadinya.Memakai kot hitam dan berbaju kemeja biru muda, Najib diiringi pegawai polis dan SPRM masuk ke ibu pejabat jabatan itu di Menara 238 di Jalan Tun Razak.Beliau diambil daripada ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas disoal siasat lanjut mengenai tuduhan salah guna kuasa ketika men
Read More..
Image Description

Anifah pula keluar Umno, lebih akan menyusul?

  • Sep 19, 2018
Kurang 24 jam Datuk Seri Mustapa Mohamed bertindak meninggalkan Umno, seorang lagi pemimpin kanan Umno mengumumkan keputusan yang sama.Sebentar tadi, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Kimanis dan ahli Umno berkuatkuasa serta-merta.Porrtal Utusan Malaysia melaporkan surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa hari ini.Memetik sumber, portal itu berkata Anifah k
Read More..
Image Description

Laporan: Wartawan WSJ dakwa Jho Low guna Najib sebagai 'pelindung'

  • Sep 19, 2018
Wartawan Wall Street Journal (WSJ) Tom Wright mendakwa Low Taek Jho menggunakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai 'pelindung' (cover) agar tiada pihak yang akan bertanya soalan tentangnya.Bercakap dengan CNBC, Wright berkata ahli perniagaan itu - lebih dikenali sebagai Jho Low - mengendalikan 1MDB dari belakang tabir dan sesiapa yang berurusan dengannya terkejut dengan jumlah wang dan perlindungan politik yang dimilikinya.Wright dan seorang lagi wartawan WSJ Bradley Hope merup
Read More..
Image Description

'Barangkali dia dah sedar tapi lambat sikit'

  • Sep 19, 2018
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya meninggalkan Umno lebih awal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad."Barangkali dia dah sedar (tapi) lambatlah sikit. Patut sedar awal lagi. Umno dah rosak baru nak keluar la ni. Tak apalah," katanya.Terdahulu, Mahathir hadir di Anugerah Francais Malaysia 2018 di sebuah hotel di Putrajaya malam ini.Ditanya sama ada Mustapa akan dialu-alukan sekiranya menyertai Pakatan Harapan, Mahathir berkata bekas
Read More..
Image Description

Tok Pa umum keluar Umno

  • Sep 18, 2018
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan keluar daripada Umno.Keputusan mengejut anggota parlimen Jeli itu dibuat selepas beliau dipilih sebagai anggota majlis tertinggi Umno dengan menerima jumlah undi paling banyak semasa pemilihan parti itu Jun lalu.Ini bermakna bilangan anggota parlimen Umno kini tinggal seramai 50 orang - jumlah yang sama dengan anggota parlimen PKR.Mustapa dalam kenyataannya berkata, beliau mengambil keputusan itu setelah m
Read More..