PD tak berapa selamat buat Anwar, kata MB S'ngor

  • Sep 14, 2018
  • Views 154

Image Description

PRK PD | Selepas tiga tahun di penjara, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk kembali ke parlimen dan beliau memilih Port Dickson sebagai medan kebangkitan semulanya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memberi amaran terdapat risiko dalam percubaan Anwar kali ini dan presiden PKR yang menang tanpa bertanding itu boleh kalah dalam PRK ini.

Beliau menjelaskan Port Dickson sebagai "bukan kerusi yang selamat (untuk Anwar)."

Amirudin yang dikenali rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata hal ini berdasarkan keputusan beberapa pilihan raya lalu di Port Dickson dan mempersoalkan jika perkara berkenaan telah dibincangkan secara teliti sebelum keputusan dibuat.

Menurut beliau, faktor-faktor seperti kebarangkalian menang dan nisbah kawasan serta pendapat kolektif anggota parti sepatutnya diambil kira.

"Inilah yang saya harap akan dibincangkan selepas ini untuk memastikan pendapat semua orang diambil kira dan ia seolah-olah seperti keputusan yang dibuat secara senyap-senyap," katanya dipetik berkata oleh Star Online.

Amirudin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco Selangor yang diadakan buat kali pertama di Pejabat Tanah dan Daerah Sepang.

Tiada siapa boleh persoal ahli PKR kempen di PD

Bagaimanapun, Menteri Besar menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab semua anggota PKR untuk memastikan calon presiden mereka menang dalam PRK kali ini.

"Tiada sesiapa boleh atau patut mempersoalkan tanggungjawab kami untuk membantu dalam pilihan raya kecil itu.

"Bagaimanapun, proses-proses ini perlu diperhalusi dan diperhatikan dengan serius untuk (keputusan) pada masa hadapan untuk memastikan (pandangan) semua orang dipertimbangkan," katanya sambil menjelaskan hal ini supaya menghalang ahli-ahli daripada terkejut dengan pengumuman itu.

Penyandang kerusi Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletak jawatan pada 12 September lalu bagi membolehkan satu PRK diadakan.

Kekosongan kerusi Port Dickson membuka jalan buat Anwar bertanding dan diyakini beliau akan memenangi PRK berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Danyal mendapat 36,225 undi dan mempertahankan kerusi berkenaan untuk PKR dengan kelebihan 17,710 undi.

Dua lagi pencabar untuk kerusi itu, BN mendapat 18,515 undi manakala PAS memperolehi 6,594 undi.

http://demirakyat.live/news/3099

TAGS / KEYWORDS: