Wan Azizah atau Nurul sepatutnya serah kerusi kepada Anwar - Ambiga

  • Sep 14, 2018
  • Views 124

Image Description

Bekas Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan adalah antara pemimpin yang menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap pilihan raya kecil di Port Dickson akan datang bagi membuka laluan kepada bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Beliau berpendapat sepatutnya, isteri atau anak Anwar yang harus mengosongkan kerusi mereka.

"Saya tidak ada masalah jika Anwar mahu kembali. Dia berhak berbuat demikian.

"Tetapi pemahaman saya, dan saya percaya orang ramai juga mempunyai pemahaman sama, bahawa salah seorang ahli keluarganya sepatutnya menyerahkan kerusi mereka kepadanya.

"Pandangan peribadi saya, salah seoeang ahli keluarga harus berbuat demikian,” katanya kepada pemberita di Petaling Jaya pagi ini.

Isteri Anwar, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, adalah ahli parlimen Pandan manakala anak pasangan itu, Nurul Izzah adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Rabu, Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson untuk membolehkan Anwar bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Ambiga berkata dari pandangan demokrasi, merancang supaya pilihan raya kecil diadakan adalah tidak wajar.

"Calon (Danyal) boleh tampil dan kata 'saya tidak dipaksa'. Tetapi jelas, ada unsur paksaan atau apa sahaja yang kamu mahu namakannya.

"Saya rasa tindakan merancang pilihan raya kecil harus dihentikan. Saya tidak faham mengapa perlu tergesa-gesa,” katanya.

http://demirakyat.live/news/3096

TAGS / KEYWORDS: