Clare hadir ikuti perkembangan petisyen pilihan raya

  • Aug 10, 2018
  • Views 173

Image Description

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Kehadiran editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini adalah bagi mengikuti perkembangan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon PKR Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bagi kerusi Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Clare yang memakai baju berwarna hitam dan berbintik putih dilihat memasuki lobi kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi sebelum terus menuju ke lif.

Wanita itu meninggalkan pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 12.30 tengah hari bersama Khairuddin.

Kehadiran Clare di kompleks mahkamah menimbulkan tanda tanya sama ada beliau hadir bagi mengikuti prosiding pendengaran permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan perintah sekatan.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Najib melalui peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakilinya bagi mendapatkan perintah sekatan terhadap media daripada menerbitkan perbincangan berkaitan merit dan pertuduhan yang dihadapi.

Rabu lalu, Ahli Parlimen Pekan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tujuh pertuduhan dikaitkan dengan dana syarikat SRC International Sdn. Bhd., empat tahun lalu. 

http://demirakyat.live/news/2708

TAGS / KEYWORDS: