Lebih 10 kereta polis, Black Maria di luar rumah Najib

  • May 16, 2018
  • Views 377

Image Description

Lebih daripada 10 kereta polis dan sebuah lori polis (Black Maria) dilihat berada di luar kawasan rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut seorang anggota polis yang bertugas di situ, kesemua anggota polis itu kini berada di dalam rumah Najib.

Media dihalang menghampiri kawasan rumah Najib.

Seorang individu yang dilihat turut masuk dalam rumah Najib sebelum itu mendakwa beliau adalah peguam kepada bekas pengerusi BN itu.

TAGS / KEYWORDS: